Tuesday, August 19, 2014

Persediaan Perkahwinan: G.I Photoshoot

Salam Sayang Semua..

Waktu terus terbang laju... berlalu dan terus berlalu.. hari demi hari.. minggu demi minggu.. dan.. hari yang dinantikan semakin hampir..

Tapi persediaan perkahwinan sha masih lagi agak perlahan dan masih banyak yang perlu dibereskan dan diselesaikan dalam waktu yang terdekat ini.. aduhai..

Alhamdulillah, kami dah confirmkan OP untuk Majlis Nikah, Majlis Resepsi dan juga Majlis Bertandang.. lega juga rasanya..
Nak tahu siapakah gerangan photographer itu?

Jom tengok hasil gambar dari photographer ini..

Credit to: G.I Photoshoot
Sumber: Google

Setelah melihat hasil kerjanya, sha dan bakal suami bersetuju untuk menggunakan khidmat G.I Photoshoot untuk setiap Majlis Perkahwinan kami, baik untuk Majlis Pihak Perempuan mahupun di sebelah Pihak Lelaki..

Mudah-mudahan.. kami juga akan mendapatkan hasil gambar yang cantik untuk diabadikan nanti. Insha Allah..

Sekian..

Ikhlas,
Sha

Persediaan Perkahwinan: AWC

Salam Sayang Semua..

Hari Bahagia kami terlalu hampir sudah..
Tapi masih banyak yang belum sha kongsikan..

Tanpa membuang waktu..
Sha kongsikan dengan semua..
Siapakah gerangan Perancang Perkahwinan unuk Majlis Pernikahan dan Persandingan sha..

♡ Ari Wedding Couture ♡

Ramai yang dah dapat agak sebenarnyakan...
dan ramai juga yang masih ternanti-nanti..

Perancang Perkahwinan Sha adalah:
♡ Ari Wedding Couture ♡
Antara pelamin by AWC:

Hasilnya sangat cantik..

Insha Allah, untuk Resepsi nanti, sha memilih pelamin dibawah canopy seperti Pelamin Farah AF2 (seperti gambar yang pertama).
Tapi design pelamin berbeza, tapi persamaannya hanya dibawah canopy sahaja..
Sebenarnya niat di hati nak buat pelamin garden without canopy tapi memandangkan cuaca buat masa sekarang ni kerap hujan. Maka tiada pilihan lain selain dari meletakkan pelamin dibawah canopy..

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami nanti, Amin..

Ikhlas,
Sha

Persediaan Perkahwinan: Teaser Baju Resepsi

Salam Sayang Semua,

Alhamdulillah baju sha dah siap sudah..
Hasilnya cantik sangat! (Pada Pandangan Mata Sha)
Sangat memukau.. ehehe..

Kenapa?
Tak Percaya?

Teaser Baju Reception:

My White Lace Dress.. 

Kalau sesiapa yang berminat bole la pergi kat ampang park as below address

Dorra, Boutique & Bridal, Kuala Lumpur,
Lot 166, Ground Floor,
Ampang Park Shopping Center,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Ataupun you all semua bole la call di number berikut
03 - 2712 0388


Atau pun, bole layari laman sesawang dorra di


Dorra.. u are the best!

Monday, August 18, 2014

DIY: Lantern Deco

Salam Sayang Semua,

Untuk mencantikan dinding yang kosong kita kenalah menghiasinya dengan sesuatu...

Kali ini sha kongsikan idea menarik!
Gantungkan lantern pada dinding pun sudah memadai untuk menampakkan kelainan pada ruang dinding yang ada..
Betul tak?
Nyalakan lilin untuk dapatkan efek yang lebih menarik..

Bole dijadikan Photobooth..
Sesuai untuk Majlis Perkahwinan pada waktu malam..

Insha Allah.. akan sha kongsikan lagi nanti idea-idea yang menarik..

Sekian..
Terima kasih

Persediaan Perkahwinan: Teaser Baju Nikah

Salam Sayang Semua...

Alhamdulillah Baju Reception dah siap,
baju Nikah sha pun dah siap,

Happy sangat!
Pada sha.. Baju sha sangat cantik, simple and sweet..
Ehehe...

Kenapa?
Tak Percaya jugak?

Teaser Baju Nikah:

My Baju Nikah.. 

Kalau sesiapa yang berminat bole la pergi kat ampang park as below address
Dorra, Boutique & Bridal, Kuala Lumpur,
Lot 166, Ground Floor,
Ampang Park Shopping Center,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Ataupun you all semua bole la call di number berikut
03 - 2712 0388
Atau pun, bole layari laman sesawang dorra di



Dorra.. u are the best!

Thanks uols for ur time..

Ikhlas,
Sha

Persiapan Perkahwinan: Doorgifts Resepsi

Salam Sayang Semua..

Berkongsi sedikit daripada persiapan perkahwinan y
Sha dengan semua ..
Terlalu banyak lagi persiapan perkahwinan yang hendak dikongsikan sebenarnya.. untuk melihat persiapan keseluruhannya.. tunggu tau..
Macam mana pun,
Alhamdulillah.. bersyukur sangat untuk setiap nikmat yang diberikan olehNya.. terlalu banyak.. tak mampu untuk dihitung..

Dan syukur sangat.. sha dapat mencari doorgifts yang cantik buat para jemputan di hari Perkahwinan sha.

Tammo bercerita panjang lagi..
Inilah dia bekas doorgifts yang siap dalam transparent box..
Atas: Bekas kaca yang belum hias
Bawah: Bekas yang sudah diletakan riben dan bunga
Takde gambar yang cantik.. kalau ada sha akan postkan kemudian. 
Doorgift tag jangan lupa..

Masih terfikir.. apa yang boleh diisikan dalam bekas kaca ni?
Tunggu la nanti..

Sekian..

Ikhlas dari,

DIY Ribbon

Salam Sayang Semua...

Dikesempatan yang ada ni, sha ingin berkongsi dengan semua antara riben yang telah sha siapkan untuk doorgifts..
 Riben.. yang telah siap dibentuk tapi belum siap dicantum.. 
Inilah rupa Riben yang telah siap sepenuhnya.. 
Gambar dari dekat.. 
sori gmbr blur sikit..
(camera hp biasa jer)

Macam mana? Comel tak?
Riben ini bukan sahaja sesuai untuk doorgifts tapi  juga sesuai untuk dekorasi lain-lain..

Harap entri ini bermanfaat buat semua..
Sehingga berjumpa lagi nanti..


Ikhlas,
Sha

Doorgifts Majlis Nikah

Salam Sayang Semua..

Semakin hari.. Majlis Perkahwinan sha semakin dekat..
Maka semakin serabut dan kelam-kabut la fikiran..
Terlalu banyak perkara yang perlu dibereskan...
Tapi makin difikir makin hilang hala dan tujuan..
..aduhai...

Yang mana sha boleh kongsikan terlebih dahulu akan sha kongsikan dengan semua..
mana yang tak sempat..
Nantikan The Wedding Reviews...
okey uols..
Untuk entri hari ni..
doorgifts untuk Majlis Nikah
Bekas yang dilabelkan dan diribenkan..
Very simple doorgift ideas..
Y
Antara bekas yang telah diisikan dengan biskut..
 Hasilnya.. Doorgifts Nikah..

Sekian..

Thanks for ur time lovelies..