Salam Sayang Semua,
Bila visit B2B blog, terjumpa pula maklumat yang menarik ini dan ingin kongsikannya dengan teman-teman yang lain...
Walaubagaimana pun, kita tidak boleh 100% percaya dan yakin kepada maklumat seumpama ini takut boleh memudaratkan.
Langkah yang bijak adalah dengan berdoa dan memohon petunjuk dari Allah SWT.
Baca boleh percaya jangan..
Walaubagaimana pun, kita tidak boleh 100% percaya dan yakin kepada maklumat seumpama ini takut boleh memudaratkan.
Langkah yang bijak adalah dengan berdoa dan memohon petunjuk dari Allah SWT.
Baca boleh percaya jangan..
HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.
01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.
02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.
03hb: Hari yang tidak bagus.
04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.
05hb: Hari yang tidak bagus.
06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.
07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.
08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.
09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.
10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.
11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).
12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.
13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.
14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.
15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.
16hb: Hari yang tidak bagus.
17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).
18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.
19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.
20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.
21hb: Hari yang tidak bagus.
22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.
23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.
24hb: Hari yang tidak bagus.
25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.
26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.
27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.
28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).
29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.
30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.
Ms.KINA minta izin yer mencopy isi kandungannyer.. tujuan hanya untuk berkongi info tapi bukan untuk dijadikan sandaran atau menjadikan kita taksub.
Apa jua yang ingin kita lakukan, niatlah kerana Allah dan sentiasa berdoalah memohon petunjuk dariNya. Mudah-mudahan setiap urusan kita berjalan lancar.
**Note:
Ja'far al-Sadiq was born in Madinah on 24 April 702 AD (17 Rabi' al-Awwal, 83 AH), to Muhammad al-Baqir (son of Zayn al-‘Ābdīn, son of Husayn son of Ali) and Umm Farwah (daughter of Al-Qasim son of Muhammad son of Abu Bakr).
** Pandangan dari seorang blogger, Tumpang lalu:
Imam Ja'far al-Sadiq merupakan cicit Saidina Ali. Seorang yang hebat ilmu agama. Tapi golongan syiah memuja beliau berlebihan dgn mengatakan beliau maksum(Imam ke-6 dalam kepercayaan syiah).
Ilmu tentang tarikh2 y disiar ni saya tak pasti datang dari Imam Ja'far atau cuma rekaan org syiah y suka mengaitkan kepada beliau.
Sila rujuk yang lebih pakar.
No comments:
Post a Comment